THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

my name

RENUNGKAN SEJENAK

Sabda Rasulullah s.a.w "Barangsiapa menuju suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga"(Riwayat Muslim)


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


ketenangan

ketenangan
dalam bnyk2 masjid aku paling ske masjid shah alam ni..xtau la knp tp mcm ade something yg menarik kt cni..hmm juga ade kisah disebaliknya..=)

cantik je kn?.....akad nikah kt cni pon best gak nih..

hmmm...rse cm sekejap je kn dh dtg bulan ramadhan blik..so, di kesempatan ni aku nk ucap selamat meyambut bulan rmadhan lah kpd kowang sumer..smoga dibulan yg mulia ini kita akan diampunkan segala dosa2 dengan melakukan ibadat dgn seikhlas hati..

Monday, October 12, 2009

Hati yang tercalar

hmm...apa yang anda rasa apabila kehilangan orang yang paling dicintai? sedih, perit, kecewa..mesti inilah hal yang perlu kita lalui sepanjang percubaan kita untuk hidup tanpa dirinya...bila sedih, tangisan pon seperti air hujan yang turun menghentam tanah gersang...



aku tak ingin bercerita lanjut tentang hati yang tercalar..cuma yang aku ingin kongsikan di sini.. betapa hebatnya tamparan hati yang tercalar. Luka di jari walau pun sembuh masih ada parutnya.. tapi.. luka di hati? Tiada siapa yang tahu. Semua org ada masa masing2. Ada orang lama.. ada orang sekejap.


Di saat dia memberikan cinta seikhlasnya mana mungkin dia terfikir hatinya itu di kembalikan semula dalam keadaan tercalar. Dia kira.. hatinya itu akan di jaga selamanya. Tapi sangkaan dia meleset. Lalu kita yang melihat akan berkata.. "dah la tu.. dah tkde jodoh", "Nak buat mcm mana.. bukan boleh paksa orang sukakan kita" dan macam2 lagi.


Dan itu lah hakikatnya.. aku selalu percaya, kalau aku mengenangkan betapa susahnya aku mencari jodoh aku, maka.. dia pun begitu. Dia sedang mencari aku di luar sana.Kami belum bertemu.InsyAllah.. kami tetap akan bertemu seperti yang telah Allah tetapkan. Dan kita hanya perlu berusaha :)

Tuesday, August 25, 2009

kemahiran bertutur

“Kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

TUJUAN
GURU
- Dapat memperbaiki kelemahan yang dimiliki oleh pelajar.
- Dapat menjadi pencetus dan mampu memberikan intrepretasi yang betul.
- Mengesan dan mengasuh pelajar supaya mahir dalam sebutan, boleh menggunakan nada (tone) dan intonasi yang betul dan lancer serta fasih dalam berbahasa.

MURID
- Murid dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
- Dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

KONSEP
a) Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
b) Pertuturan berlaku di peringkat productive level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
c) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
d) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina noleh mempengaruhi kemahiran bertutur.
e) Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula akan membolehkan penghasilan interaksi dengan baik juga.
f) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi penguasaan sistem bunyi.

ASPEK2 PERTUTURAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

a) Sebutan
- murid2 telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
- Semua ini bertujuan untuk melatih murid2 supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b) Tekanan
- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat2 tertentu.
- Biasanya dilakukan pada suku kata.
- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
- Lambangnya ialah /?/.
- Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
- boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
- melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
- Bertujuan untuk berkomunikasi.
- Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan2, di kedai, di majlis rasmi.

Wednesday, August 19, 2009

lakaran hati

Kadangkala kita sering persoalkan mengapa sesuatu itu terjadi. Mengapa kita ditakdirkan untuk bertemu dengan orang yang bukan selama ini kita cari dalam realitinya. Semakin kita jauh dengan peristiwa yang melukakan hati itu iaitu putus cinta, semakin kita kuat dan tabah menghadapi dugaan dalam memahami apa itu cinta. Memang kita sering kali mendambakan kehadiran insan itu, namun kadangkala kita akan rasai alangkah baiknya jika hati ini tidak dimilikki oleh sesiapa. Kenapa? Kerana apabila dicintai dan mencintai itu merupakan sesuatu yang terindah dalam hidup ini. Kita akan selalu mengingati saat indah itu. Tetapi apabila cinta itu dirampas dari kita dan kita ditinggalkan, apakan makna kelukaan yang menghantui kehidupan kita. Itu yang sering kita lupakan saat kita menerima cahaya cinta itu. Bukankah itu akan membuatkan jiwa kita benar2 menderita?
Namun, pasti disuatu saat nanti kita akan bertenu dengan insan yang selama ini kita sering menantikan kehadirannya dalam hidup ini. Tanpa disedari itu bahagia yang kita cari selama ini dan memang dia telah tercipta untuk diri kita.
Saat kita akan mengecapi bahagia itu, kita akan panjatkan doa kepada Allah kerana telah memakbulkan doa kita selama ini. Itu yang terpenting. Mendapat keberkatan dari Ilahi. Kita sentiasa mempersoalkan mengapa kita insan yang terpilih untuk melalui saat ini sendirian. Mungkin ini ketentuan yang telah tertulis untuk diri kita. MUNGKIN?.
Sampai masa dan ketikanya ketika kita bertemu dengan insan itu, kita akan merasakan apa itu cinta yang sebenarnya! Mungkin orang itu telah hadir dekat dengan kita, tapi kita sentiasa tidak perasan akan kehadirannya. Mungkin insan itu dekat dengan hati kita,namun perasaan itu tidak dapat kita rasainya lagi sekarang. Mungkin orang itu sering melihat kita dari kejauhan tetapi kita alpa dengan pandangan itu. Mungkin insan itu sering berselisih bahu dengan kita tapi kita sering mengabaikan pertemuan itu. Mungkin insan itu yang kita dambakan selama ini tapi kita sering lupa bertegur sapa dengannya. Itu membuatkan kita semakin jauh dengannya. Mungkin satu masa nanti tanpa disengajakan kita akan menegurnya tanpa sedar yang dia itu adalah jodoh yang selama ini kita cari dan nantikan. Saat itulah bahagia yang kita akan rasakan.

Monday, August 17, 2009

andai kau tanya hatiku


Ya Allah,

Kiranya Engkau mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangi Mu,Maka hanya Engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menyelusuri jalan mencari cinta Mu,Mengharap maghfirah Mu,Janganlah Engkau pisahkan hati-hati ini di kala rindu dan sayang kami belum cukup untuk melamar Redha dan Cinta Mu…

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu,Bertemu untuk mematuhi perintah Mu,Bersatu memikul beban dakwah Mu,Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya,Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap,Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu,Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang Mu,Jika Engkau takdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu,Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Ya Zaljalali wal Iqkram,Perkenankanlah permintaan ini….