THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

my name

RENUNGKAN SEJENAK

Sabda Rasulullah s.a.w "Barangsiapa menuju suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga"(Riwayat Muslim)


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


ketenangan

ketenangan
dalam bnyk2 masjid aku paling ske masjid shah alam ni..xtau la knp tp mcm ade something yg menarik kt cni..hmm juga ade kisah disebaliknya..=)

cantik je kn?.....akad nikah kt cni pon best gak nih..

hmmm...rse cm sekejap je kn dh dtg bulan ramadhan blik..so, di kesempatan ni aku nk ucap selamat meyambut bulan rmadhan lah kpd kowang sumer..smoga dibulan yg mulia ini kita akan diampunkan segala dosa2 dengan melakukan ibadat dgn seikhlas hati..

Tuesday, August 25, 2009

kemahiran bertutur

“Kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

TUJUAN
GURU
- Dapat memperbaiki kelemahan yang dimiliki oleh pelajar.
- Dapat menjadi pencetus dan mampu memberikan intrepretasi yang betul.
- Mengesan dan mengasuh pelajar supaya mahir dalam sebutan, boleh menggunakan nada (tone) dan intonasi yang betul dan lancer serta fasih dalam berbahasa.

MURID
- Murid dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
- Dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

KONSEP
a) Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
b) Pertuturan berlaku di peringkat productive level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
c) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
d) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina noleh mempengaruhi kemahiran bertutur.
e) Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula akan membolehkan penghasilan interaksi dengan baik juga.
f) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi penguasaan sistem bunyi.

ASPEK2 PERTUTURAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

a) Sebutan
- murid2 telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
- Semua ini bertujuan untuk melatih murid2 supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b) Tekanan
- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat2 tertentu.
- Biasanya dilakukan pada suku kata.
- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
- Lambangnya ialah /?/.
- Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
- boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
- melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
- Bertujuan untuk berkomunikasi.
- Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan2, di kedai, di majlis rasmi.

Wednesday, August 19, 2009

lakaran hati

Kadangkala kita sering persoalkan mengapa sesuatu itu terjadi. Mengapa kita ditakdirkan untuk bertemu dengan orang yang bukan selama ini kita cari dalam realitinya. Semakin kita jauh dengan peristiwa yang melukakan hati itu iaitu putus cinta, semakin kita kuat dan tabah menghadapi dugaan dalam memahami apa itu cinta. Memang kita sering kali mendambakan kehadiran insan itu, namun kadangkala kita akan rasai alangkah baiknya jika hati ini tidak dimilikki oleh sesiapa. Kenapa? Kerana apabila dicintai dan mencintai itu merupakan sesuatu yang terindah dalam hidup ini. Kita akan selalu mengingati saat indah itu. Tetapi apabila cinta itu dirampas dari kita dan kita ditinggalkan, apakan makna kelukaan yang menghantui kehidupan kita. Itu yang sering kita lupakan saat kita menerima cahaya cinta itu. Bukankah itu akan membuatkan jiwa kita benar2 menderita?
Namun, pasti disuatu saat nanti kita akan bertenu dengan insan yang selama ini kita sering menantikan kehadirannya dalam hidup ini. Tanpa disedari itu bahagia yang kita cari selama ini dan memang dia telah tercipta untuk diri kita.
Saat kita akan mengecapi bahagia itu, kita akan panjatkan doa kepada Allah kerana telah memakbulkan doa kita selama ini. Itu yang terpenting. Mendapat keberkatan dari Ilahi. Kita sentiasa mempersoalkan mengapa kita insan yang terpilih untuk melalui saat ini sendirian. Mungkin ini ketentuan yang telah tertulis untuk diri kita. MUNGKIN?.
Sampai masa dan ketikanya ketika kita bertemu dengan insan itu, kita akan merasakan apa itu cinta yang sebenarnya! Mungkin orang itu telah hadir dekat dengan kita, tapi kita sentiasa tidak perasan akan kehadirannya. Mungkin insan itu dekat dengan hati kita,namun perasaan itu tidak dapat kita rasainya lagi sekarang. Mungkin orang itu sering melihat kita dari kejauhan tetapi kita alpa dengan pandangan itu. Mungkin insan itu sering berselisih bahu dengan kita tapi kita sering mengabaikan pertemuan itu. Mungkin insan itu yang kita dambakan selama ini tapi kita sering lupa bertegur sapa dengannya. Itu membuatkan kita semakin jauh dengannya. Mungkin satu masa nanti tanpa disengajakan kita akan menegurnya tanpa sedar yang dia itu adalah jodoh yang selama ini kita cari dan nantikan. Saat itulah bahagia yang kita akan rasakan.

Monday, August 17, 2009

andai kau tanya hatiku


Ya Allah,

Kiranya Engkau mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangi Mu,Maka hanya Engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menyelusuri jalan mencari cinta Mu,Mengharap maghfirah Mu,Janganlah Engkau pisahkan hati-hati ini di kala rindu dan sayang kami belum cukup untuk melamar Redha dan Cinta Mu…

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu,Bertemu untuk mematuhi perintah Mu,Bersatu memikul beban dakwah Mu,Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu,Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya,Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap,Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu,Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang Mu,Jika Engkau takdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu,Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Ya Zaljalali wal Iqkram,Perkenankanlah permintaan ini….

menyintaimu kerana AGAMA-MU..

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU…
Ya Rabbi,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,
agar tidak aku terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbul ‘Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU…
Ya Rafi’,
jika aku menikmati cinta hambaMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi nikmatnya bermunajat kepadaMU…
Ya Mu’iz,
jika aku jatuh hati pada hambaMU,
jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepadaMU…
Ya ‘Azim,
jika aku merindui hambaMU,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya padaMU…

ya..itulah CINTA..




Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang pensyarah falsafah dan pelajarnya…

Pelajar : Puan, apakah erti cinta ? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya ?

Pensyarah: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Selepas itu, ambillah satu ranting sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Pensyarah bertanya : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun ?

Pelajar menjawab : Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mendapat sebatang pun akhirnya.

Pensyarah itu menjawab: Ya, itu lah namanya cinta…

Di hari lainnya pula, pelajar tersebut bertanya kepada pensyarahnya, apa itu perkahwinan ?
Pensyarah : Ada hutan yang subur di depan sana, berjalanlah kamu tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan pensyarah tersebut.

Susulan itu, pensyarahnya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini ?
Pelajar tadi menjawab: Hmm sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ini. Saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Pensyarah itu menjawab: Itulah perkahwinan…

Berdasarkan cerita di atas, saya merumuskan bahawa janganlah terlalu memilih dalam mencari jodoh kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna di dunia ini, ia adalah fakta yang dipetik dari kitab suci Allah swt iaitu al-Quran. Sebenarnya sebagai muslim memang kita disaran memilih pasangan untuk dikahwini, namun biarlah ia memadai dan selaras dengan kehendak hadith baginda.

Sehubungan itu, perkahwinan merupakan satu ikatan suci atau perjanjian atas nama Allah swt maka pilihlah pasangan anda kerana Allah swt selain dengan niat untuk menyempurnakan agama dan bagi memenuhi tuntutan sunnah nabi.


p/s : Antara kita sedar atau tidak…kita mungkin boleh memiliki segala yang dihajatkan, tetapi dalam masa yang sama kita juga sedang kehilangan sesuatu yang lain di dunia ini.

kalau dah silap tu mengaku je la

korang geram tak bila seseorang yang buat silap tapi tak nak ngaku yang dia dah lakukan kesilapan......n pastu nak carik lak salah kita..tak kira kat mana2 nk jugak nampakkan kita punya silap...macamna agaknya kalau korang berada disituasi macam ni...nak zassssssssssssssssss je orang tu atau cincang je hidup2..dan..camna erk bila korang berhadapan dengan someone yang menganggap dirinya perfect?????sempurna dalam apa saja.........macam lagu andra n d blackbone....sempurna......lupa lak lirik dia..ahksssss..sakit hati je kan dengan orang camni..sempurna tu bukan milik kita...takkan ada manusia yang sempurna sepenuhnya...sebab kat dunia ni banyak sangat kelalaian....n manusia takkan dapat lari dari kelalaian tu..............manusia..manusia.........aku pung manusia jugak...manusia yang ngokngek..

aku dan sahabat


ActUally....aku hanya ingin menyatakaN rasa Teruja dan banGga aku KeraNa mempUnyai saHabAt ini.....TanGis..Tawa...DuKa Heppy...TercamPur MenjAdi saTu BingkiSAn Yang begitu bermakNa..BetaPA MahaL NilaI dirinya pada Aku...keRana Tanpa diaaku taK mungkin seKuat ini...cukUplah sekaDar coretan Yang ikhLas DaN Tulus Buatnya.....yang sentias berada disamping aku saat aku perlukan insan Ynag bergelar Sahabat..kasih Sayang Yang dia curahkan dan keprihatinan yang dilimpaHkan.... aku mana mungkin dapat ku balas deNgan waNg ringgit.....hanYa sebuaH ucapan Kudus agar dia berada Dalam keadaan yng Bahagia dan stabil selalu...aku MasIh ingat...oktober 2005....saat Aku sedang berputus Asa....saat aku duka...saat aku kehilaNgan,......sAat aku Benar2 Terluka.....hanya dia yang ku carI...meminta secebis semangat untuk terus berjuang...dan dia....sentiasa memimpin aku..membawa aku kepada sebuah pengertiaan yang tidak terhingga...besarnya nilai cintamu padaku....biar apa pun....kasih sayang yang ku suakan untuknya,,,,,sampai mati kerana dia sahabat sejati..walaupun kadang aku sering melukakan hatinya...ketahuilah sahabatku....bahawa kelukaan itu tidak aku dugadan...aku pohon seribu kemaafan.....biarlah ikatan ini untuk selamanya...hehe.....jiwang je aku ni...itu adalah sahabat karibku...yang banyak membantu aku dalam semua perkara..kekadang kami saling membantu...pendek kata kami memang saling memerlukan.....dan apa yang aku harapkan agar dia akan sentiasa bahagia....dan kami akan berjaya..InsyaaLlah ..DiaLah SaHAbAT tERbaiK dUNiA AkHIRaT..MAhERan & D-Lah

guru cemerlang



“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang





Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.


Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.


Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.


Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.


Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
-Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
-Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
-Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
-Meningkatkan motivasi guru.
-Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
-Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
-Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
-Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

laluan perguruan

Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:


- Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM(KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Perguruan Sultan Idris.

- Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Latihan Pra Perguruan
Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.


Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kursus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.

guru berpolitik??


APABILA isu pembabitan guru dalam politik dicadangkan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini, ia menerima pelbagai reaksi masyarakat.APABILA isu pembabitan guru dalam politik dicadangkan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini, ia menerima pelbagai reaksi masyarakat.Ada menyambut baik cadangan itu, tetapi meletakkan syarat tertentu dan yang lain mahu golongan pendidikan dilarang menyertai politik kerana bimbang menjejaskan mutu pendidikan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.Pegawai kerajaan Kumpulan A atau Pengurusan juga dilarang mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat.Bagaimanapun, jika cadangan itu ditarik balik, apakah guru mampu memberi sumbangan terhadap usaha memartabatkan industri pendidikan negara sedangkan mereka terpaksa menjalankan dua tanggungjawab serentak? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail, berkata pembabitan guru dalam politik tidak menjejaskan pendidikan negara terutama generasi muda. Beliau yang juga bekas guru besar, berkata kejayaan guru berpolitik sudah dibuktikan sejak Umno ditubuhkan."Berpolitik dalam kalangan guru bukannya baru kerana sejarah membuktikan pejuang bangsa dahulu terdiri daripada golongan pendidik malah mereka dipandang tinggi dalam masyarakat."Walaupun bertanggungjawab mendidik, mereka turut memperjuangkan bangsa Melayu," katanya.
Pembabitan guru dalam bidang politik juga dilihat mampu melahirkan idea baru kerana mereka dekat dan dihormati masyarakat.Menurutnya, cadangan Hishammuddin mungkin bertitik- tolak daripada trend masa kini apabila bidang politik lebih banyak dimonopoli golongan korporat. "Pembabitan guru membantu melahirkan golongan ahli politik yang berkebolehan dengan idea bernas dan segar."Tiada salahnya seseorang guru itu berpolitik asal mereka mempunyai minat dan bersikap profesional," katanya.Katanya, masalah guru mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa kerana berpolitik tidak akan timbul kerana beliau percaya mereka boleh menguruskan masa dengan baik."Sebagai pendidik, mereka sentiasa bersikap profesional dan bertanggungjawab."Jadi, saya pasti guru yang berpolitik ini mampu melakukan dua tanggungjawab dalam satu masa," katanya yang berpengalaman 25 tahun menjadi pendidik.
Mengulas Perlembagaan Persekutuan melarang pegawai dalam kumpulan A dan pengurusan tertinggi terbabit aktif dalam politik, Ibrahim berkata perlembagaan boleh dipinda jika mendapat persetujuan ramai."Kita yang mencipta Perlembagaan, justeru tiada masalah untuk meminda atau mengubah asalkan mendapat persetujuan dan memberi manfaat kepada masyarakat."Pada masa sekarang pun, ada guru terbabit dalam politik secara diam-diam, justeru lebih baik memberi kebenaran daripada mereka melakukannya secara rahsia," katanya.Jika guru mahu aktif dalam politik, Ibrahim menasihatkan mereka sentiasa bertanggungjawab kepada kerjaya dan politik."Jika menyertai mana-mana parti politik pun, mereka perlu bersikap adil dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar," katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli, berkata pembabitan guru dalam politik lebih banyak memberikan impak negatif berbanding positif.Menurutnya, jika guru berpolitik, ia akan menjejaskan pendidikan anak bangsa selain memecahbelahkan bangsa Melayu."Guru perlu bersikap neutral dan tidak memihak mana-mana parti politik. "Saya percaya golongan guru tahu pendirian mereka sebagai pendidik dan lebih bertanggung jawab untuk memberi ilmu kepada pelajar."Jika taksub kepada mana-mana politik pun, jangan dibawa sentimen atau emosi di sekolah termasuk ketika mengajar dalam kelas."Jika emosi mengenai kepartian dibawa ke sekolah, saya bimbang perpecahan masyarakat bertambah parah," katanya.Katanya, bangsa Melayu sudah berpecah-belah dengan adanya pelbagai parti politik dan tidak punya persepakatan.Hilmi berkata, kebanyakan guru dahulu adalah pejuang politik terutama ketika era menuntut kemerdekaan dan penubuhan Umno.Bagaimanapun, katanya dengan perkembangan semasa yang gawat,
pembabitan golongan pendidik dalam arena politik tidak sesuai."Jika golongan guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan lain pastinya mahu hak yang sama dan ini menimbulkan pelbagai implikasi kepada masyarakat serta negara."Jika semua pihak asyik berpolitik, apa akan jadi kepada urusan penting negara dan jika dilakukan pun, mungkin kualitinya merudum," katanya.Bagaimanapun, katanya jika golongan itu tetap mahu terbabit secara aktif dalam politik, mereka boleh berhenti dan meletak jawatan sebagai pendidik.

Sunday, August 16, 2009

10 tip menolak cinta sahabat karib

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”

perlukah kita tahu siapa ex-girlfriend @ ex- boyfriend kekasih kita?

Semasa saya sedang berehat selepas bertungkus-lumus menyiapkan assignment, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.

Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!

Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.


Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.

Faedah globalisasi kepada pendidikan

Pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan atau impak yang terus dari era globalisiasi kerena pendidikan adalah berkait dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006). Jika dilihat dari perspektif dunia pendidikan dalam era globilisasi banyak kesan yang baik dan buruk yang bakal diterima oleh negara. Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian tentang faedah globalisasi terhadap pendidikan:

1. Berdaya saing: Aspek daya saing ini jika berlaku dalam kalangan pelajar di peringkat antarabangsa boleh menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan seterusnya membina satu
pertandingan yang sihat.

2. Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas. Keadaan ini akan memberi faedah yang besar terhadap program pengajaran dan pembelajaran.

3. Komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Hal ini bermakna kemahiran seperti bahasa dan komunikasi yang akan digunakan lebih menjurus ke arah perdagangan atau pemiagaan antarabangsa.

4. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi akan menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak atau permintaan secara global.

5. Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.

6. Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta menguntungkan atau sebaliknya?

7. Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya menyediakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya.

8. Kewujudan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada cita rasa global, menguntungkan atau sebaliknya?

10 petua lebih disayangi suami

Bagi yang bakal berkahwin, petua ini harus dipupuk sekarang!!

Memang tidak adil jika kita hanya meminta para lelaki yakni hanya suami yang menanggung semua keperluan dalam sesebuah hubungan. Sesekali apa salahnya anda pula yang mengambil alih tanggungjawab tersebut. Tapi janganlah sampai anda pula menjadi pengendali dalam bahtera hubungan anda berdua. Keadaan berat sebelah seperti ini akan menyebabkan perjalanan rumah tangga atau hubungan perkasihan anda tidak akan berjalan lancar. Oleh sebab itu, prinsip give and take perlu betul-betul diterapkan.

Bagi lelaki memikul kesemua tanggungjawabnya bukan satu masalah. Bagi mereka asalkan isteri atau kekasih senang, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Tapi sebagai isteri atau pasangan yang setia, anda juga perlu melakukan sesuatu yang bermakna. Jika anda ada sikap tolak ansur,sudah pasti anda akan semakin disayangi pasangan.

Untuk itu, cuba beberapa tip berikut ini:

1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan bahawa anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga boleh diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.

2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik. Misalnya, kirimkan pesan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau emelnya. Atau, selitkan pesanan “Selamat makan, sayang” dalam bekalan makanan tengaharinya jika anda membekalkan makanan tengahari dari rumah untuk suami.

3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan. Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda tinggal sekarang).

4) Biarkan dia membantu pekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah itu, lalu pujilah usahanya membantu anda.

5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang menentukan filem apa yang mahu ditonton. Memberi pujian dengan mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan beberapa kebaikannya yang membuat anda sangat menyintai dan menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam filem yang anda tonton itu.

6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh oleh pasukan kesukaan. Biar suami menyedari sikap prihatin anda terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya.

7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah. Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, tali leher atau kaset penyanyi atau group band kegemarannya.

8) Tertawalah ketika mendengar gurauannya, atau menyanyilah bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.

9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa lalu, dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar cerita-cerita itu.

10) Simpan gambarnya di dompet anda.

cinta itu indah


Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampaisaatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinyaCinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapicinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilaikesuciannya.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintaioleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasanfikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknyacinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodaikea slian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yangmurni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasaidirimu tanpa pertimbangan

pengertian logo 1 malaysia


Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk memina satu Negara Bangsa..-IERA