
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang pensyarah falsafah dan pelajarnya…
Pelajar : Puan, apakah erti cinta ? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya ?
Pensyarah: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Selepas itu, ambillah satu ranting sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Pensyarah bertanya : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun ?
Pelajar menjawab : Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mendapat sebatang pun akhirnya.
Pensyarah itu menjawab: Ya, itu lah namanya cinta…
Di hari lainnya pula, pelajar tersebut bertanya kepada pensyarahnya, apa itu perkahwinan ?
Pensyarah : Ada hutan yang subur di depan sana, berjalanlah kamu tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan pensyarah tersebut.
Susulan itu, pensyarahnya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini ?
Pelajar tadi menjawab: Hmm sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ini. Saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…
Pelajar tadi menjawab: Hmm sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ini. Saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Pensyarah itu menjawab: Itulah perkahwinan…
Berdasarkan cerita di atas, saya merumuskan bahawa janganlah terlalu memilih dalam mencari jodoh kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna di dunia ini, ia adalah fakta yang dipetik dari kitab suci Allah swt iaitu al-Quran. Sebenarnya sebagai muslim memang kita disaran memilih pasangan untuk dikahwini, namun biarlah ia memadai dan selaras dengan kehendak hadith baginda.
Sehubungan itu, perkahwinan merupakan satu ikatan suci atau perjanjian atas nama Allah swt maka pilihlah pasangan anda kerana Allah swt selain dengan niat untuk menyempurnakan agama dan bagi memenuhi tuntutan sunnah nabi.
p/s : Antara kita sedar atau tidak…kita mungkin boleh memiliki segala yang dihajatkan, tetapi dalam masa yang sama kita juga sedang kehilangan sesuatu yang lain di dunia ini.




















0 comments:
Post a Comment