THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

my name

RENUNGKAN SEJENAK

Sabda Rasulullah s.a.w "Barangsiapa menuju suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga"(Riwayat Muslim)


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


ketenangan

ketenangan
dalam bnyk2 masjid aku paling ske masjid shah alam ni..xtau la knp tp mcm ade something yg menarik kt cni..hmm juga ade kisah disebaliknya..=)

cantik je kn?.....akad nikah kt cni pon best gak nih..

hmmm...rse cm sekejap je kn dh dtg bulan ramadhan blik..so, di kesempatan ni aku nk ucap selamat meyambut bulan rmadhan lah kpd kowang sumer..smoga dibulan yg mulia ini kita akan diampunkan segala dosa2 dengan melakukan ibadat dgn seikhlas hati..

Sunday, August 16, 2009

Faedah globalisasi kepada pendidikan

Pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan atau impak yang terus dari era globalisiasi kerena pendidikan adalah berkait dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006). Jika dilihat dari perspektif dunia pendidikan dalam era globilisasi banyak kesan yang baik dan buruk yang bakal diterima oleh negara. Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian tentang faedah globalisasi terhadap pendidikan:

1. Berdaya saing: Aspek daya saing ini jika berlaku dalam kalangan pelajar di peringkat antarabangsa boleh menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan seterusnya membina satu
pertandingan yang sihat.

2. Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas. Keadaan ini akan memberi faedah yang besar terhadap program pengajaran dan pembelajaran.

3. Komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Hal ini bermakna kemahiran seperti bahasa dan komunikasi yang akan digunakan lebih menjurus ke arah perdagangan atau pemiagaan antarabangsa.

4. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi akan menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak atau permintaan secara global.

5. Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.

6. Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta menguntungkan atau sebaliknya?

7. Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya menyediakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya.

8. Kewujudan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada cita rasa global, menguntungkan atau sebaliknya?

0 comments: