THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

my name

RENUNGKAN SEJENAK

Sabda Rasulullah s.a.w "Barangsiapa menuju suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga"(Riwayat Muslim)


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


ketenangan

ketenangan
dalam bnyk2 masjid aku paling ske masjid shah alam ni..xtau la knp tp mcm ade something yg menarik kt cni..hmm juga ade kisah disebaliknya..=)

cantik je kn?.....akad nikah kt cni pon best gak nih..

hmmm...rse cm sekejap je kn dh dtg bulan ramadhan blik..so, di kesempatan ni aku nk ucap selamat meyambut bulan rmadhan lah kpd kowang sumer..smoga dibulan yg mulia ini kita akan diampunkan segala dosa2 dengan melakukan ibadat dgn seikhlas hati..

Monday, August 17, 2009

guru cemerlang



“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang





Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.


Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.


Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.


Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.


Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
-Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
-Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
-Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
-Meningkatkan motivasi guru.
-Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
-Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
-Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
-Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

0 comments: